Masa saya kecik2 dulu... saya suka membaca buku-buku majalah, selalunya ibu saya membeli buku-buku majalah berkaitan fesyen2 baju... sebab ibu saya seorang penjahit baju...
Saya suka membaca bahagian tips-tips berkaitan penjagaan pemakanan.... saya ada terbaca tentang penjagaan sayur supaya tidak CEPAT LAYU.
Tipsnya ialah membungkus sayur itu dalam surat khabar kemudian masukan dalam peti sejuk, sayapun mula mengamalkan tips ini setelah sudah berumahtangga. Kami (suami isteri ) jarang keluar membeli sayur-sayuran dan bila waktu kami ke pasar kami akan membeli banyak sayur walaupun kami hanya 2 orang saja...(belum ada anak).
Masa saya duduk di Tawau, di Sri Indah Batu 10, saya amalkan tips tersebut, sayur-sayur yang dibungkus dalam surat khabar tak layu tapi jadi kering....macam mumia lah pulak... so pembuangan dan pembaziran pun berlaku dalam 5 tahun saya mengamalkan tips tersebut hingga saya berpindah ke Kota Kinabalu.
Sekarang saya duduk di Keningau kerana saya mendapat pekerjaan di sini. Pada suatu hari, datang malas saya....badan pun sakit-sakit kerana banyak kerja... semasa balik dari membeli sayur-sayuran tanpa membuka plastiknya saya terus membungkusnya dengan surat khabar bersama plastiknya sekali....
Esok tengah hari waktu untuk operasi memasak..... saya harus memasak makanan tengah hari dan malam di rumah kerana suami saya cuba mengurangkan mengambil makanan luar (restoran @ fast food) kerana dia under medication lagipun masakan luar tidak sama dengan cara masakan kita di rumah. Masakan di rumah garam, gula dan aji dalam sukatan kawalan dan berkhasiat. So, saya buka satu bungkusan sayur.... nampaknya masih segar... keesokannya saya membuka satu bungkusan sayur lagi.... eh eh eh .. still fresh juga.... hari yang ketiga pun begitu juga still fresh sehingga hari yang lima... so hati pun gembira... tak lah lagi ada sayur kena buang.....
0 ulasan:
Catat Ulasan