Jumaat, Februari 03, 2012

Indahnya ciptaan Tuhan


Picture taken on 31st August, 2010 Tuesday 12:19pm
Suasana damai aman, begitu indah pemandangan di petang hari ini sungguh cerah cuacanya, hati rasa riang dan nyaman melihat suasana keadaan laut bergelora, mendengar pukulan ombak kecil memukul pantai, warna  langit kebiruan, deruan angin meniup pantai sungguh sejuk walaupun cuaca agak cerah, angin sepui-sepui meniup-meniup rambutku... indahnya ciptaan TUHAN. Hargailah bumi ini, peliharalah keindahannya dengan menjaga kebersihannya.

Rabu, Februari 01, 2012

Malas....


Masa saya kecik2 dulu... saya suka membaca buku-buku majalah, selalunya ibu saya membeli buku-buku majalah berkaitan fesyen2 baju... sebab ibu saya seorang penjahit baju...

Saya suka membaca bahagian tips-tips berkaitan penjagaan pemakanan.... saya ada terbaca tentang penjagaan sayur supaya tidak CEPAT LAYU.

Selasa, Januari 31, 2012

Jalan Kimanis - Keningau



Seperti melihat kapal di tengah hutan kerana bentuknya seperti Kapal Laut ... 
sekian lama berulang alik dari Kota Kinabalu ke Keningau... mata saya akan membesar melihat luas apabila tiba di akhir kaki bukit banjaran
Crocker.... 10hb Disember 2011 termakbulah niat dihati untuk menangkap gambarnya sebagai kenangan terindah...